VIDEO: Guru Ini Tanggalkan Bajunya Untuk Mengajar Subjek Biologi, Tapi Perkara MENGEJUTKAN Berlaku




Cara pembelajaran yang biasa bagi sesetengah mata pelajaran mungkin agak membosankan, sekiranya guru hanya bercakap berdasarkan apa yang ditulis di dalam buku, mahupun gaya penyampaian yang mendatar.


Namun tidak bagi guru ini.

Debby Heerkens, seorang guru biologi di Groene Hart Rijnwoude mempunyai cara tersendiri dan menarik untuk membolehkan para pelajarnya mengingati struktur badan manusia.


Pada mulanya, para pelajarnya terkejut kerana menyangka Debby mahu berbogel ketika dia mengambil tempat berdiri di atas meja dan menanggalkan bajunya.

Rupa-rupanya dia memakai sut getah yang tercetak bahagian otot dan rangka manusia.

Idea pembelajaran itu diperolehi Debby selepas melihat seorang wanita memakai legging dan segera memaklumkannya kepada guru besar untuk kebenaran.

Video pembelajaran Debby yang dikongsi di laman sosial mendapat perkongsian lebih 100,000 pelayar dan rata-rata memuji ideanya yang menarik.

Tonton video di bawah:



Biologie op Groene Hart Rijnwoude is echt supercool!!!
Posted by Groene Hart scholen on Monday, October 5, 2015
VIDEO: Guru Ini Tanggalkan Bajunya Untuk Mengajar Subjek Biologi, Tapi Perkara MENGEJUTKAN Berlaku VIDEO: Guru Ini Tanggalkan Bajunya Untuk Mengajar Subjek Biologi, Tapi Perkara MENGEJUTKAN Berlaku Reviewed by Unknown on 00:14 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.