KANTOI!! TEKTIK JIJIK PENGAWAL KESELAMATAN PERANGKAP REMAJA 13 TAHUN




KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Satu bertindak berani menghalang cubaan rogol ke atas dirinya dengan mengacu parang pada suspek yang mencabulnya di Pangsapuri Kos Rendah, Tasik Selatan, di sini, Selasa lalu.  

Dalam kejadian itu jam 11 pagi, mangsa mendakwa seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun yang dikenalinya kerana tinggal di blok kediaman sama, datang mengetuk pintu rumahnya di tingkat 3. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek memberitahu dia diminta oleh bapa mangsa untuk memanggilnya turun ke tingkat bawah blok kediaman mereka. 

"Bagaimanapun apabila mereka turun ke bawah blok, mangsa mendapati bapanya tiada di situ dan suspek menyatakan bapa mangsa berkemungkinan sudah ada di tingkat 9 yang juga adalah tingkat kediaman suspek. 

"Semasa berada di tingkat 9, suspek membawa mangsa masuk ke rumahnya dan mengunci pintu sebelum mengarahkan mangsa duduk di ruang tamu," katanya ketika dihubungi BH semalam. 


Beliau berkata, semasa mangsa sedang membelek buku, suspek menghampirinya sambil mengeluarkan parang namun mangsa menolak parang berkenaan sebelum diarahkan untuk mengikutnya masuk ke bilik. 

"Semasa dalam bilik, suspek menyelak baju dan memegang badan mangsa sebelum meramas buah dada dengan kedua-dua tangannya. 

"Pada masa sama, mangsa mengambil parang di tepi katil dan mengugut untuk membunuh suspek sekiranya dia cuba memperkosa dirinya sebelum lari menyelamatkan diri," katanya. - BERITA HARIAN
KANTOI!! TEKTIK JIJIK PENGAWAL KESELAMATAN PERANGKAP REMAJA 13 TAHUN KANTOI!! TEKTIK JIJIK PENGAWAL KESELAMATAN PERANGKAP REMAJA 13 TAHUN Reviewed by Unknown on 16:08 Rating: 5

1 comment:


  1. Female Bodyguard The rapid growth of the Chinese economy appears to increase employment opportunities for women bodyguards due to the increasing number of wealthy women in the Bamboo Curtain country.
    togel singapore

    ReplyDelete

Powered by Blogger.