Sayu : Nur Amirah sudah di temui apa yang berlaku pada nya amat memeranjatkan (5Gambar) mangsa culik van putih












SELAMAT TAHUN BARU 2016 pada semua pembaca kami. Disini kami kongsi update semasa mengenai kes culik gadis bernama Nur Amirah Atirah yang setelah dikenalpasti adalah satu penipuan. 

Untuk makluman anda semua, budak yang diberi nama Nur Amirah Atirah ini telah ditemui oleh sepasukan pasukan khas yang telah dibentuk, dia didapati telah keluar dengan TEMAN LELAKI YANG BARU DIKENALI selama seminggu dan ikut tidur dirumah suspek.

So sekarang kita sendiri tahu bagaimana manipulasi emosi memainkan peranan bagi mengiyakan sesuatu tindakan.
 
Nur Amirah Atirah yang dipercayai di culik sekumpulan van putih adalah tidak benar sama sekali.

P/S :: Sama2 kita nantikan laporan penuh nanti.



Dalam perkembangan lain 17 jam yang lalu > 



Pelabuhan Klang: Perbuatan memviralkan rakaman perbualan telefon Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, yang diculik di laman sosial boleh mengancam keselamatan remaja itu.

Ibu mangsa, Asmah Mamai, 33, berkata masyarakat sepatutnya lebih sensitif terhadap perkara itu kerana ia membabitkan nyawa anaknya yang kemungkinan dalam bahaya apatah lagi selepas mengetahui rakaman berkenaan tersebar.

"Polis menasihati kami sekeluarga supaya tidak mendedahkan maklumat seperti itu kerana mengganggu siasatan dan menyukarkan mereka mengesan Ira.

"Kami sangat sedih dengan kejadian ini dan terkejut apabila rakaman itu tersebar. Kami bimbangkan keselamatan Ira," katanya yang kelihatan lemah selepas lima hari anaknya hilang.

Asmah bersama suami, Abdul Majid Landu, 40, ditemui di kediaman mereka di Bandar Sultan Suleiman di sini, sebentar tadi.

Abdul Majid berkata, selepas rakaman itu menjadi viral, mereka tidak lagi menerima khabar daripada mangsa atau pihak lain, sama ada untuk mengugut atau meminta wang tebusan.

Nur Amirah Athirah diculik di kawasan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman Ahad lalu, dan kejadian disedari Asmah yang pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang.

Asmah mencari anaknya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Semalam polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan menjejaki remaja perempuan itu. -HM
Sayu : Nur Amirah sudah di temui apa yang berlaku pada nya amat memeranjatkan (5Gambar) mangsa culik van putih Sayu : Nur Amirah sudah di temui apa yang berlaku pada nya amat memeranjatkan (5Gambar) mangsa culik van putih Reviewed by Unknown on 15:57 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.