PADAHH..!! Emma Maembong "MENJELASKAN" kenapa ia membeli "ALAT UJIAN KEHAMILAN" ..Tak angka yang Emma ni sudah ...



Lumrah menjadi seorang selebriti tanah air, apa sahaja yang dilakukan pasti mengundang perhatian masyarakat sekeliling tidak kira baik ataupun sebaliknya. –Kerana Gimik Emma Maembong Terpaksa Terima PADAH!
Emma Maembong merupakan artis yang sering mencetuskan kontroversi hangat. Kini kecoh pula isu beliau membeli alat ujian kehamilan.
Pelakon Emma bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi beliau membeli alat ujian kehamilan di sebuah farmasi bagi mengelakkan salah faham itu daripada terus berlanjutan.
Namun dia tidak menyangka perkara tersebut dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul kontroversi mengatakan beliau hamil.
Emma Maembong Kesal Isu Beli Alat Ujian Kehamilan Diperbesar!
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, menjelaskan beliau berkongsi perkhabaran gembira kakaknya, Yaya yang kini hamil lima bulan.
“Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh menjadi hangat secara tiba-tiba kerana ia berlaku lima bulan lalu. Tujuan saya bercerita adalah untuk berkongsi khabar gembira Yaya sudah hamil. Tidak sangka nama saya pula terpalit dengan kontroversi ini.
“Saya memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan dan bagi mengelakkan salah faham. Tidak sangka perkara kecil boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul cerita saya mengandung pula.
“Perkongsian itu adalah atas dasar perbualan antara saya dan teman media, tidak sangka timbul pula cerita mengenai situasi saya ketika membeli alat menguji kehamilan itu,” kata Emma Maembong.
Namun, beliau meluahkan rasa gembira kerana Yaya kini sedang hamil lima bulan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama Wan Raja.
Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 39, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 38, selamat bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember 2014 dengan sekali lafaz.
PADAHH..!! Emma Maembong "MENJELASKAN" kenapa ia membeli "ALAT UJIAN KEHAMILAN" ..Tak angka yang Emma ni sudah ... PADAHH..!! Emma Maembong "MENJELASKAN" kenapa ia membeli "ALAT UJIAN KEHAMILAN" ..Tak angka yang Emma ni sudah ... Reviewed by Unknown on 01:27 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.